Empat ADUN Pulau Pinang tidak perlu kosongkan kerusi

Empat ADUN Pulau Pinang tidak perlu kosongkan kerusi

EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Harris Idaham Rashid, meminta Kerajaan Pulau Pinang agar menghentikan hasrat menyambung prosiding mahkamah bagi membatalkan kelayakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar Pakatan Harapan (PH) sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ini kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan mendapati tindakan itu sama sekali tidak menjejaskan kelayakan seseorang sebagai wakil rakyat.

Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Pulau Pinang itu berkata memandangkan PH khususnya DAP sudah menyokong penuh pindaan di Dewan Rakyat, mereka perlu membuktikan komitmen dan melaksanakan pindaan yang sama di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang selain tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan pindaan berkenaan.

Beliau turut menambah, ia demi menghormati persetujuan sudah dicapai kesemua 209 Ahli Parlimen yang mengundi pindaan berkenaan termasuk Ahli Parlimen daripada DAP sendiri.

Empat ADUN berkenaan adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Keempat-empat ADUN itu sebelum ini memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )