Edar dadah 1.2 kg, bekas pekerja logam ke tali gantung

Edar dadah 1.2 kg, bekas pekerja logam ke tali gantung

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pekerja syarikat pengeluar dan memproses logam selepas didapati bersalah mengedar dadah kanabis seberat 1,269.05 gram, tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu terhadap Mohd Quszairy Rosli, 28, yang masih bujang itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Abdul Wahab ketika membuat keputusan memaklumkan, pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah imbangan kebarangkalian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,269.05 gram di sebuah rumah di daerah Kemaman, jam 1.25 pagi pada 19 April 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )