Duta Khas PM TEBUK ATAP makan gaji buta, bazir wang rakyat!

Duta Khas PM TEBUK ATAP makan gaji buta, bazir wang rakyat!

Perdana Menteri PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri pada 2 April 2020.

Sementara itu, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem  pula dilantik Sebagai Duta Khas Malaysia Ke Asia Timur, Iaitu Taiwan, Korea dan Jepun. Juga bertaraf Menteri.

Seterusnya Dato’ Seri Tiong King Sing dilantik sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China. Lantikan ini juga bertaraf menteri.

Nah! Inilah watak-watak yang dikatakan akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, Timur Tengah dan Asia Timur, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Begitulah hebatnya Kerajaan TEBUK ATAP ini membelanjakan duit rakyat untuk menanggung gaji dan elaun TIGA orang Duta Khas, yang sebenarnya langsung tidak diperlukan.

Ingat! Mereka merupakan Duta Khas Perdana Menteri. Bukan Duta Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Duta Khas Perdana Menteri Malaysia merupakan ahli politik, yang dilantik dengan peranan khusus bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara-negara berkaitan melibatkan kepentingan ekonomi dan persamaan kebudayaan, kononnya.

Jawatan ini tambahan kepada Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara.

Duta Khas kelazimannya mempunyai sebuah pasukan pegawai terdiri daripada empat hingga lapan orang.

Mereka sekurang-kurangnya memegang jawatan setiausaha sulit kanan, pegawai khas, dua orang pembantu khas dan pegawai keselamatan pengiring

Namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, peranan mereka menjadi sangat INSIGNIFICANT atau SANGAT TIDAK SIGNIFIKAN.

Ini kerana mobiliti antara negara-negara, khususnya dalam perundingan perdagangan dan pelaburan amat terhad.

Justeru apa yang mereka sedang lakukan selain makan gaji buta! Apa yang dibawa untuk Malaysia setakat ini, apa krisis yang didamaikan oleh mereka terutamanya Duta Khas Timur Tengah?

Kita tiada jawapannya. Hanya kedengaran bunyi cengkerik sahaja. Krik.. krik..!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )