Dilabel Menteri ‘CAP AYAM’, PAS nafi terkesan

Dilabel Menteri ‘CAP AYAM’, PAS nafi terkesan

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, tanpa rasa malu menegaskan, PAS langsung tidak terkesan dengan dakwaan yang melabelkan Menteri daripada parti itu sebagai ‘cap ayam’ sehingga menjadi beban besar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dengan yakin menyatakan bahawa barisan Menteri daripada PAS sudah melaksanakan tugas yang diberikan mengikut portfolio masing-masing.

Malahan, pihaknya juga menyerahkan kepada Perdana Menteri dan rakyat untuk membuat penilaian terhadap hasil prestasi kerja mereka.

“Saya nak tengok juga siapa Menteri PAS yang ‘cap ayam’ itu, bukan dia yang buat penilaian, penilaian prestasi Menteri dinilai oleh Perdana Menteri, bukan orang luar, yang tak ada kena mengena, yang ada kepentingan peribadi.

“Bagi saya, yang berhak menilai selain daripada rakyat ialah Perdana Menteri mengenai Kabinet dia dan kita pun sentiasa ada pertemuan, pelaporan dan sebagainya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menempelak prestasi ditunjukkan Menteri Kabinet daripada PAS yang didakwa gagal memikul tanggungjawab dengan baik.

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu dilaporkan berkata, kelemahan kepemimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Ismail Sabri dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Nur Jazlan turut menyenaraikan beberapa Menteri Kabinet daripada PAS yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab seperti yang diamanahkan kepada mereka, termasuk

Pak Lebai tidak akan sesekali mengaku kesilapan dan kelemahannya.. itulah yang menjadikan negara tunggang-langgang, apabila PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan. Kasihan Malaysia!!

Apa kata Duta Khas ke Timur Tengah, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tentang isu ini? Oppss Admin lupa, Tuan Presiden juga antara yang termasuk dalam label itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )