Didesak sokong kerajaan untuk elak disoal siasat, Syed Saddiq mangsa politik

Didesak sokong kerajaan untuk elak disoal siasat, Syed Saddiq mangsa politik

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan anaknya supaya sealiran dengan kerajaan ketika itu, supaya beliau dan suaminya tidak disoal siasat.

Perkara itu dimaklumkan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz pada perbicaraan hari pertama kes anaknya yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Ketika ditanya Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq, berhubung soalan yang ditanya oleh SPRM, Shariffah Mahani menjawab: “macam-macam terutama dari segi kewangan, pekerjaan.”

“Apa yang saya tak dapat lupakan… mungkin mereka cakap itu dalam bentuk gurauan, tetapi bagi hati seorang ibu, tersentak juga bila ada Pegawai yang beritahu saya, ‘kan lebih bagus kalau nasihatkan anak supaya ikuti kerajaan yang ada supaya puan dan suami tidak akan disoal siasat lagi.’

“Itu yang saya tidak boleh lupa,” kata Shariffah Mahani.

Terdahulu pada prosiding itu, Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Taufik Awaluddin, 30, dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa wang RM250,000 yang hilang dari kediaman Syed Saddiq adalah dana pengelolaan yang pernah dipohon dahulu.

Katanya, perkara itu disahkan sendiri oleh Syed Saddiq dalam laporan forensik perbualan kumpulan WhatsApp.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Syed Saddiq pada 29 Mac 2020, membuat laporan di Balai Polis Sungai Way berhubung kehilangan wang RM250,000 di kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan media bahawa wang tunai berkenaan milik BERSATU.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )