Demi Malaysia, DAP mohon maaf secara terbuka kepada Sarawak

Demi Malaysia, DAP mohon maaf secara terbuka kepada Sarawak

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng melahirkan permohonan maaf berhubung sebarang kenyataannya yang ada menyinggung Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam satu kenyataan pada Khamis, bekas Menteri Kewangan itu berkata, masa depan negara kini adalah lebih penting berbanding perkara lain.

Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan GPS Sarawak. Masa depan negara mendahului segala-galanya.

“Kita sama-sama mengorak permulaan baharu untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu yang dikongsikan di Facebooknya.

Kenyataan dikeluarkan Guan Eng itu hadir tidak sampai sejam selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan dengan nada sama.

Anthony memaklumkan, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di Kuching pada pagi Khamis dan mewakili DAP memohon maaf kepada Premier Sarawak itu atas sebarang kenyataan oleh pemimpin parti itu yang menyinggung perasaan kerajaan serta penduduk Sarawak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )