Datuk Seri Macau Scam bolos: Hamzah Zainuddin buat apa?

Datuk Seri Macau Scam bolos: Hamzah Zainuddin buat apa?

Berita yang turut panas minggu ini ialah mengenai kejayaan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes penipuan Macau Scam dan pengubahan wang haram melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berbagai-bagai spekulasi, cemuhan dan sindiran daripada netizen muncul setelah isu itu gagal dijelaskan.

Sebelum itu, SPRM dilaporkan media turut menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Empat pegawai kanan terbabit merupakan seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta dua anggota berpangkat Lans Koperal.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan dua pegawai kanan dari JSJ Bukit Aman yang dipercayai ada kaitan dengan pengubahan wang haram membabitkan selebriti tanah air.

Lalu timbul pelbagai persoalan adakah suspek itu, Goh leong Yeong, diIarikan atau dibantu pihak tertentu?

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sudah bawa kes seperti Macau Scam ini bertahun-tahun.

“Kita letak kepercayaan kepada penguatkuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu kerana ia boleh menjejaskan imej badan penguatkuasa yang diberi amanah besar.

Suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum meIarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Memang tidak masuk akal suspek boleh melarikan diri di bangunan SPRM yang seperti kubu itu. Malah timbul berita kononnya dalang Macau Scam ini menyediakan RM4 juta setiap bulan kepada pihak yang berkuasa untuk melindungi jenayah mereka.

Berita itu menyiratkan bahawa kebusukan yang berlaku bermula dari kepala. Ia bukan kepala di SPRM atau PDRM, tetapi kepala yang memegang kuasa di negara ini.

Dalam senario yang gelap masa hadapan ini tiba-tiba keluar berita suspek utama Macau Scam melarikan diri.

Jelas! Inilah petanda Ketua Eksekutif Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal, kerana menjadi nakhoda dengan jemaah menteri yang tidak kompeten untuk membantu ekonomi rakyat.

Sebaliknya, penjenayah yang menyumbang kepada kelesuan ekonomi ini begitu mudah melarikan diri.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus (0 )