Darurat: Muhyiddin tidak berhak menasihati Agong

Darurat: Muhyiddin tidak berhak menasihati Agong

Berbicara tentang langkah yang diambil oleh Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencabar nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga pengisytiharan Darurat dibuat sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam- YB Khalid Samad berkata ada 2 perkara pokok yang perlu diberikan perhatian iaitu:

Muhyiddin hakikatnya telah hilang majoriti dan dia bukan lagi seorang Perdana Menteri  yang memiliki majoriti ketika beliau memberikan cadangan serta nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk memperkenankan Darurat.

Untuk memberikan nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong, seseorang itu mestilah Perdana Menteri yang sah dari segi perlembagaan.

Sambil berseloroh, Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata Perdana  Menteri Itali sepatutnya mengikut jejak langkah Muhyiddin dengan mengumumkan Darurat sebelum meletakkan jawatan agar dapat terus bekuasa.

Tambah beliau perkara lain yang perlu diambil kira adalah perlembagaan. Mengikut Perlembagaan, perkara 150 (3), sepatutnya pengisytiharan Darurat perlu dibentengkan  di Dewan Rakyat dan Dewan Negara terlebih dahulu dan dipersetujui majoriti ahli, barulah boleh diisytiharkan dan diumumkan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian dalam Rancangan  Bual Bicara Secara Langsung – Bicara YB Khalid Samad dengan tajuk: Penjajaran Baharu di JOM Channel malam tadi.

Katanya lagi kecacatan dari segi prosuder dan perlembagaan inilah yang membuatkan Ketua Pembangkang mencabar Proklamasi Darurat di mahkamah.

Menurut Khalid, ada jugak pihak tertentu yang menulis surat kepada Raja-raja Melayu supaya menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk menarik balik Proklamasi Darurat kerana ia telah menjejaskan ekonomi negara dan menimbulkan masalah politik.

“Mereka kata Darurat tamat 1 ogos, tapi kalau dah darurat, sebenarnya ia terpulang kepada Muhyiddin. Dan itulah masalahnya kerana  tiada peruntukan yang akan memaksa beliau untuk membatalkan darurat kecuali dengan arahan mahkamah,” jelas Khalid.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )