Darurat bukti Muhyiddin kecundang!!

Darurat bukti Muhyiddin kecundang!!

Timbalan Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui terkejut dan terkilan dengan pengumuman kerajaan yang menguatkuasakan perintah darurat secara drastik dan mengejutkan banyak pihak.

Salahuddin menegaskan agar kerajaan perlu bertanggungjawab memberi penjelasan kepada rakyat berhubung perincian darurat yang diumumkan.

Beliau khuatir bagaimana rakyat mahu meneruskan kehidupan dengan pengisytiharan tersebut yang dijangka akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos nanti.

“Saya harap satu penjelasan lebih terperinci dan lebih rapi perlu diberikan kerajaan supaya kita dapat hidup bersama beberapa bulan ini dalam keadaan negara kita didaruratkan,” tegasnya.

Walaupun sebelum ini ada desas-desus mengatakan bahawa ini adalah perancangan Muhyiddin untuk menyelamatkan karier politik dan jawatannya, malah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberikan kenyataan yang sama tentang taktik Muhyiddin. Itu tidak lagi penting buat masa sekarang.

Apa yang kita dapat daripada peristiwa Darurat ini adalah, inilah masanya Muhyiddin  Yassin harus bermuhasabah diri dan memperakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional kecundang di tengah jalan ketika sedang menikmati hasil rompakan.

Kerajaan TEBUK ATAP yang diagungkan beliau, bersama dengan para pengkhianat mandat rakyat telah gagal dalam mentadbir negara, gagal dalam  menangani Covid-19 dan gagal memulihkan ekonomi negara.

Dan ianya jelas terbukti!!

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )