DAP jangka PRU15 lepas raya tahun depan

DAP jangka PRU15 lepas raya tahun depan

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berpendapat dan menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan.

Katanya, ruang bagi kemungkinan PRU15 diadakan tahun ini agak terhad, kerana ia tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat semasa kerajaan sedang jenuh menangani isu inflasi, yang akan mengambil masa selama beberapa bulan.

“Ruang berikutnya mungkin selepas pembentangan BAJET 2023, namun tempoh hujung tahun ini juga mungkin tidak akan diadakan pilihan raya disebabkan musim hujan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berpendapat PRU mungkin diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun depan (April), atau mungkin juga lebih awal.

Tempoh penggal semasa Parlimen tamat pada Julai tahun depan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )