Dakwaan ekonomi negara gagal adalah tidak berasas

Dakwaan ekonomi negara gagal adalah tidak berasas

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz terus menafikan bahawa Malaysia berada dalam kegagalan ekonomi sebagaimana yang didakwa oleh banyak pihak, malah dianggap sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, Malaysia berjaya mengharungi pelbagai cabaran, terutamanya daripada segi memastikan pemulihan ekonomi, kesejahteraan hidup rakyat, serta kelangsungan perniagaan.

Namun, katanya, faktor seperti ketegangan geopolitik di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, peperangan yang berlarutan di Ukraine dan fenomena perubahan iklim telah mengganggu rantaian bekalan yang meningkatkan harga komoditi dan makanan, lantas menyebabkan tekanan kepada kadar inflasi dan sekuriti makanan di pelbagai negara di dunia, termasuk negara ini.

“Walaupun pelbagai aspek luaran sangat mencabar sejak awal 2022, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya membantu ekonomi Malaysia pulih, terutamanya sektor yang terjejas teruk semasa pandemik COVID-19 seperti pelancongan, peruncitan dan penerbangan.

“Pelbagai indikator ekonomi Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan termasuk pemulihan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang positif sebanyak 3.6 peratus bagi suku keempat 2021, 5.0 peratus pada suku pertama 2022, dan 8.9 peratus bagi suku kedua 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )