Dahulu Hadi kafirkan UMNO, sekarang hina pengkritik PN seperti binatang

Dahulu Hadi kafirkan UMNO, sekarang hina pengkritik PN seperti binatang

Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang keterlaluan dan cuba menghina sesama manusia apabila membandingkan pengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan binatang dan haiwan.

Hadi katanya, memandang manusia yang mengkritik kerajaan di tahap lebih rendah daripada binatang apabila mengatakan kera dan tupai lebih pandai memilih buah yang baik.

“Ini adalah suatu penghinaan sesama manusia. Rakyat yang mengkritik kerajaan PN dalam sebuah negara yang sepatutnya mengamalkan demokrasi, diturunkan darjatnya ke tahap seekor binatang – haiwan.

“Allah mencipta manusia sebaik-baik makhluk daripada kalangan segala ciptaan makhluknya. Tetapi Haji Hadi telah meletakkan kita di tahap lebih rendah daripada makhluk haiwan,” bidasnya dalam satu kenyataan balas hari ini.

Untuk rekod, semalam Hadi membandingkan golongan pengkritik kerajaan PN dengan tupai dan kera.

Beliau berkata, terdapat pihak yang sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan PN.

“Binatang tupai dan kera memilih buah-buahan yang baik, namun ada manusia yang mencari buah-buahan yang buruk untuk dijual,” tulisnya di hantaran Facebook malam tadi.

Bagaimanapun Kamarul berkata, walaupun Hadi membandingkan pengkritik PN dengan haiwan, namun ia tidak seteruk Umno yang pernah dikafirkan Hadi satu ketika dahulu.

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )