Daging haram: PH juga yang disalahkan

Daging haram: PH juga yang disalahkan

Menurut Standard Operation Procedure (SOP) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), import daging sejuk beku memerlukan produk  direkodkan dalam borang pengakuan barang-barang diimport,permit import, sijil kesihatan, sijil halal, sijil negara asal, invois, ‘bill of landing’, senarai pembungkusan.

Kemudian semakan rapi semua dokumen import dilakukan dan Pemeriksaan Konsainan secara fizikal, termasuk maklumat komoditi, suhu, rumah sembelih, tarikh luput dan keadaan fizikal barangan.

Jika didapati mana-mana bahagian dalam prosedur tersebut tidak dipatuhi, produk tersebut dilarang dibawa masuk ke negara ini, apa lagi untuk dipasarkan.

Menurut gambarajah yang didedahkan oleh New Strait Times (NST) kemasukan daging tersebut adalah satu pergerakan yang tersusun dan mempunyai rangkaian yang digelar ‘kartel’.

Laporan akhbar yang bertajuk ‘Cartel Crackdown’ mendedahkan aktiviti mengimport daging tidak halal yang kemudiannya di jual sebagai daging halal, didakwa melibatkan empat agensi Kerajaan.

Pegawai-pegawai kerajaan diberitakan sebagai telah menerima suapan dalam bentuk wang dan juga wanita (seks) demi menutup mata dan mulut yang kemudiannya membolehkan kartel ini bergerak.

Perjalanannya bermula di negara ini dari pelabuhan sehingga tiba di pasar-pasar tempatan.

Kini berteriak kementerian dan agensi yang didakwa terbabit menafikannya bahawa ia telah berlaku selama 40 tahun.

Sementara itu ahli politik menuding jari kepada satu sama lain. Tiba-tiba jari itu dihalakan ke arah Kerajaan PAKATAN HARAPAN, atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang ketika itu di bawah kawalan Menteri Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri.

Kebetulan menterinya merupakan seorang yang paling dibenci oleh UMNO dan PAS kerana membongkar isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di Lembaga Tabung Haji.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam kenyataannya berkata beliau telah mengambil TIGA tindakan di JAKIM: Mengadakan audit dalaman, menukar Ketua Pengarah Halal JAKIM, dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan menjemput agensi itu datang ke JAKIM.

Namun, belum sempat SPRM tiba di JAKIM, kerajaan yang sah ini ditumbangkan menerusi LANGKAH SHERATON.

Lalu bersorak gembira segala perasuah dan kleptokrat kerana semua urusan telah kembali seperti zaman UMNO/BARISAN NASIONAL berkuasa.

Pemimpin ke sana ke mari bercakap tentang integriti dan tadbir urus baik. Tetapi ketirisan berlaku di hadapan mata.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )