Cukai LHDN tertunggak RM1.7 bilion: Najib, anak berjaya gantung penghakiman terus

Cukai LHDN tertunggak RM1.7 bilion: Najib, anak berjaya gantung penghakiman terus

Banduan, Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin berjaya mendapatkan perintah mahkamah tertinggi negara untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus dalam kes cukai tertunggak lebih RM1.7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu pelupusan rayuan.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan penangguhan itu, berikutan tiada bantahan yang dibangkitkan oleh wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Peguam Kanan Persekutuan al-Hummidallah Idrus.

Pada tahun 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu bagi mengetepikan penghakiman terus itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )