COVID-19 meningkat, salahkan perampas kuasa di Sabah!

COVID-19 meningkat, salahkan perampas kuasa di Sabah!

Ketua Komunikasi KEADILAN Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad berang apabila Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kamikaze”.

Beliau juga membidas kenyataan Nazir yang menyalahkan Datuk Seri Shafie Apdal kerana berlaku Pilihan Raya Negeri di Sabah sehingga mencetuskan serangan COVID-19 “kluster kabinet” yang meningkat di negara ini.

“Beliau tahu atau tidak bahawa berbulan sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah, terdapat beberapa menteri dari kerajaan PERIKATAN NASIONAL telah datang ke Sabah bagi tujuan “jual beli” Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah?” soalnya, dalam satu kenyataan.

Wan Fauzuldin berpendapat pemimpin PERIKATAN NASIONAL tidak peduli tentang COVID-19 pada waktu itu.

Memang perangai lebai suka melabel orang. Kamu yang bersubahat dengan pengkhianat merampas mandat rakyat di Putrajaya kerana rakus mahu jadi kerajaan dan menteri sewaktu COVID-19 mula masuk ke negara ini, kamu boleh salahkan Anwar yang berjuang untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirompak itu?” tempelaknya.

Aktivis KEADILAN itu menyindir pemimpin PAS sebagai menggadai prinsip serta menjual agama demi habuan dunia.

“Sepatutnya sebagai parti yang kononnya membawa dasar Islam, kamu patut menasihati pengkhianat agar terima dan akur dengan mandat rakyat, bukannya kamu yang lebih sudu dari kuah,” katanya.

Sementara itu penyokong kuat Dato Seri Najib Razak, Dato’ Lokman Noor Adam  mendakwa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin bertanggungjawab apabila kes Covid 19 meningkat mendadak.

Lokman berkata, tindakan mereka berdua yang mahu merampas kerajaan negeri Sabah menyebabkan Shafie Apdal memohon Yang Dipertuan Negeri Sabah membubarkan Dewan Negeri Sabah.

“Dua manusia inilah yang melakukan gerakan merampas kerajaan negeri Sabah daripada tangan Warisan akibatnya berlakulah kluster Sabah,” katanya, dalam satu temubual di Facebooknya baru-baru ini.

Menurut beliau, sepatutnya semua yang berusaha merampas kerajaan negeri Sabah haruslah bertanggungjawab. Ini termasuk Tan Sri Musa Aman.

Orang yang celik bacaan politiknya dapat melihat bahawa apa yang Shafie Apdal lakukan adalah menyerahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )