Cash Is King itu rakyat?? Nak menipu pun agak-agak lerr Najib

Cash Is King itu rakyat?? Nak menipu pun agak-agak lerr Najib

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak mempertahankan pendekatan ‘cash is king’ yang dibawanya dengan menyifatkan langkah itu lebih mudah untuk membantu rakyat ketika susah.

Sambil merujuk ‘king’ itu adalah rakyat, beliau berkata, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya sebelum ini dan diteruskan sehingga hari ini, berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.

“Sebab itu cara kita mahu tolong rakyat dengan ‘direct transfer’. Kita bagi pada semua. Gunakanlah duit itu, kalau nak beli buku, nak beli beras, belilah. Kalau nak bawa anak makan McD, bawalah.. asalkan kita tolong rakyat dengan segera dan cepat.

“Kalau rakyat susah kita bantu cepat melalui ‘direct payment’, jangan pulak nak tegur rakyat, sekarang adalah masa kena ikat perut, rakyat tengah susah. Sebab itu ‘cash is king’, ‘king’ itu adalah rakyat,” katanya dalam program Debat Perdana Anwar-Najib yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Kenyataan Najib itu, mendapat respons segera ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil dalam hantaran di Facebook beliau.

“Cash is king tu dikatakan king maknanya rakyat. Apa ni, menipu sangat. Jelas maksudnya, duit tunai adalah raja.

Sebab itu, banyak duit tunai dia dapat untuk queen berbelanja mewah. Rakyat dapat duit tunai, tapi masih hidup hutang bertimbun, kerja susah, harga barang mahal.

Nak menipu pun, agak-agak lerr..,” sindir Faiz.

Bagi Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula, kerajaan seharusnya membebaskan rakyat daripada beban kemiskinan bukan hanya dengan memfokuskan pemberian bantuan tunai kepadanya.

Katanya, masalah jangka panjang dihadapi rakyat tidak akan dapat diselesaikan jika kerajaan hanya mengambil dasar bantuan seumpama itu saja tanpa memikirkan soal mencipta peluang pekerjaan, menyelesai masalah pengangguran dan kemiskinan serta membasmi amalan rasuah dalam pentadbiran.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )