Cadangan PRU disegera mampu selesaikan krisis pentadbiran negara

Cadangan PRU disegera mampu selesaikan krisis pentadbiran negara

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) berkata, apabila mandat dikembalikan semula kepada rakyat dan jelas siapa yang menjadi pilihan mereka, barulah kerajaan yang dibentuk nanti dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk mentadbir negara dengan lebih baik.

Kerajaan yang tidak stabil ini, kata Tok Mat, sukar untuk meyakinkan pengamal demokrasi dunia juga pelabur, kerana ia bukannya yang dipilih rakyat pada PRU yang lepas dan beberapa kali sudah bertukar tangan.

“Itu sebabnya kerajaan Dato’ Sri Ismail Sabri terpaksa buat Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) agar iklim politik dapat ditenangkan.

“Jadi bagi saya adalah lebih baik untuk kita ‘once and for all’, pulangkan semula mandat kepada rakyat seperti apa yang berlaku di Melaka untuk rakyat pilihlah, agar kita senang tak perlu berhujah pasal politik pagi petang siang malam akhirnya kesejahteraan rakyat terbiar.”

Maka gesaan segera itu jelas Tok Mat tidaklah begitu mendesak dan masih ada ruang waktu untuk rundingan dan penyusunan strategi ketika semangat kemenangan di Melaka itu masih ada dan dapat dibawa ke pentas pertandingan seterusnya.

Untuk itu jelasnya, tidak perlu untuk menunggu lagi setahun penuh kerana terbukti di Melaka bahawa pilihan raya yang selamat dan lancar boleh dilaksanakan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )