Bunuh anak luar nikah, remaja berdepan hukuman mati

Bunuh anak luar nikah, remaja berdepan hukuman mati

Remaja lelaki yang membuang bayi baru dilahirkan teman wanitanya dalam semak hingga menyebabkan kematian pada 29 Mac lalu, berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 19, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh,

Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh ke atas seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan remaja perempuan berusia 17 tahun empat bulan antara jam 12.01 pagi hingga 10.30 malam di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ahmadiah pada hari kejadian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan 19 Mei depan sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Raudah Mazman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )