Bukan saya tolak Anwar, Anwar yang tolak saya

Bukan saya tolak Anwar, Anwar yang tolak saya

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah cuba mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan (PN), namun ditolak oleh Anwar Ibrahim atas sebab beliau menawarkan diri menjadi Perdana Menteri selama enam bulan.

Menurut Tun M, selaku Ketua Pembangkang, Anwar tidak mahu beliau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan jika PH berjaya mendapat sokongan majoriti.

“Kita harap bila dapat sokongan cukup, PH boleh jadi kerajaan balik. Jadi pengikut saya tidak mahu saya dibelakangi dan minta saya jadi Perdana Menteri untuk tempoh enam bulan sahaja tetapi Anwar tidak mahu. Dia (Anwar) kata kalau dia tak jadi PM, ‘no deal’.

“Jika saya tak jadi PM, pengikut saya tidak akan bersama saya dan jika saya tak jadi (calon) PM, saya akan kekurangan sokongan untuk jatuhkan kerajaan Muhyiddin. Pada dasarnya, bukan saya yang tolak Anwar, tetapi Anwar yang tolak saya,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )