Bukan lari, tapi pertindihan jadual

Bukan lari, tapi pertindihan jadual

Pertindihan tarikh dengan kes lain disyaki menjadi punca Peguam mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menarik diri.

Peguam, Nurul Hafidzah Hassan berkata, pertindihan tarikh itu menyebabkan mereka terpaksa menarik diri kerana beberapa kes telah ditetapkan tarikh lebih awal.

“Kita ada komitmen dari Januari hingga Mac, tidak boleh nak buat apa sebab banyak kerja sudah tertangguh sejak tahun lalu dan semua masuk bicara.

“Pertindihan tarikh dengan kes yang telah ditetapkan lebih awal dan memerlukan penyediaan rapi, terpaksa menarik diri sebab tiada tarikh lapang yang sama,” katanya menerusi Instagramnya pada Rabu.

Beliau berkata, dalam istilah undang-undang penarikan diri Peguam adalah biasa.

“Kali ini kerana pertindihan tarikh bukan sebab lari, kita sudah maklum dari Disember lalu bahawa tidak dapat hadir kalau tarikh pada Januari, Februari dan Mac,” katanya.

Tindakan dua Peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan Siti Bainun menangis di kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen beberapa hari lalu.

Dengan penarikan dua Peguam itu, ini menjadikan kesemua Peguam dari lima firma, tidak lagi mewakili wanita itu dalam prosiding bela dirinya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )