Bubar Parlimen ketika banjir, UMNO terdesak, tak waras

Bubar Parlimen ketika banjir, UMNO terdesak, tak waras

Ketua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim meminta Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mengumumkan tahap kesiapsiagaan negara bagi menghadapi musim banjir dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perkara itu lebih penting berbanding isu tarikh pembubaran Parlimen.

Ketua Wanita Gerakan Tanah Air (GTA) itu turut mempertikaikan desakan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) semasa musim banjir juga dilihat sesuatu tindakan di luar kewarasan.

Dalam situasi ini, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar dengan melengkapkan data sumber negara diperlukan untuk menggerakkan kerja menyelamat dan pemindahan bagi mengurangkan kesan banjir kepada rakyat.

Dalam pada itu, Che Asmah berkata, rakyat Malaysia sepatutnya dapat menilai sikap rakus, terdesak serta gila kuasa UMNO dan BN yang ingin merampas semula kuasa pentadbiran tanpa memikirkan tanggungjawab terhadap nasib rakyat dan kemusnahan negara.

Jelas beliau, tindakan UMNO yang mendesak PRU ketika ini sekali gus memaparkan sikap sebenar parti itu dalam menentukan percaturan kuasa di dalam negara dan langsung tidak memikirkan kesusahan rakyat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )