Bubar Parlimen jika BERSATU terus mendesak jawatan TPM

Bubar Parlimen jika BERSATU terus mendesak jawatan TPM

Sekiranya Perikatan Nasional (PN) khususnya  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus mendesak pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), pembubaran Parlimen adalah jalan penyelesaian terbaik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tiada keperluan untuk melantik jawatan baharu dalam kabinet termasuk TPM pada ketika ini.

“Pelantikan TPM hanya akan menambah jumlah anggota kabinet yang sedia besar ketika ini malah isu ini (jawatan) tidak perlu dibangkitkan dalam keadaan rakyat yang terus tertekan. Kelangsungan rakyat lebih utama berbanding ahli politik.

“Jika pembubaran Parlimen semakin hampir dan benar, maka tidak perlulah lantikan TPM,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Sharkar, sekiranya desakan terus berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sewajarnya memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen memandangkan tempoh penggalnya hampir tamat tahun depan.

Katanya, malah keputusan melantik TPM adalah satu pembaziran yang tidak perlu berdasarkan pandangan rakyat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )