Bodohlah sesiapa yang percaya Zahid pertahan Ismail Sabri

Bodohlah sesiapa yang percaya Zahid pertahan Ismail Sabri

Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang yang didakwa menyebabkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ujar beliau, ia jauh berbeza berbanding sumbangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin yang diberikan kepada rakyat ketika beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

“Tan Sri Mahiaddin telah membuktikan ketokohan beliau apabila tampil memimpin negara menghadapi krisis kesihatan, krisis politik dan krisis ekonomi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, ketokohan itu membuatkan Mahiaddin menjadi sasaran Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Dato’ Sri Najib Tun Razak.

“Sudah pasti Mahiaddin menjadi sasaran mereka. Selagi Mahiaddin dianggap sebagai negarawan oleh rakyat, selagi itulah hidup dua manusia ini tidak tenteram.

“Selagi itulah Ahmad Zahid kekal sebagai bakal banduan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Wan Saiful, Ahmad Zahid juga dalang di sebalik tekanan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Ada sesiapa percaya bahawa Zahid tak akan rebut kuasa daripada Ismail Sabri? Bodohlah sesiapa yang percaya Zahid betul-betul akan pertahan Ismail Sabri,” tempelak beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )