BN terima titah Agong bentuk Kerajaan Perpaduan?

BN terima titah Agong bentuk Kerajaan Perpaduan?

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu memaklumkan, beliau bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah demikian semasa menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga menegaskan, Seri Paduka tidak menitahkan apa-apa mengenai pendirian berkecuali.

“Tak ada, tak ada. Bukan itu titah Tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” kata Presiden UMNO itu.

Sementara itu, tindakan saat akhir 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik balik perakuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin, menyebabkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hilang majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM10).

Mereka berbuat demikian selepas diarah kepemimpinan parti, susulan pertemuan di antara Zahid dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )