BICARA YB: Peralihan Kuasa: Masihkah Muhyiddin punyai kuasa majoriti?

BICARA YB: Peralihan Kuasa: Masihkah Muhyiddin punyai kuasa majoriti?

Peningkatan bilangan kes COVID 19 yang membimbangkan telah menyaksikan bukti kegagalan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Keadaan itu dikuatkan lagi dengan kenyataan Daruk Seri Anwar Ibrahim tentang majoriti yang diperolehinya untuk membentuk kerajaan dan sekaligus Muhyiddin tumbang.

Setelah penyerahan SD oleh Anwar kepada YDP Agong yang dikatakan mendapat sokongan daripada sejumlah besar MP UMNO, ianya kelihatan sesuatu yang sukar untuk Muhyiddin kembali bangkit.

Tidak dinafikan sebelum ini, beliau mendapat sokongan 111 MP di parlimen tetapi ianya merupakan satu majoriti yang sangat tipis jika hendak dibandingkan dengan 109 sokongan daripada pembangkang di Dewan Rakyat. Perlu diingat bahawa ianya tidak pernah teruji di Dewan Rakyat tentang sokongan tersebut. Dan kalau ianya diuji hari ini, pasti Muhyiddin tidak lagi bergelar PM.

Sejauh manakah Muhyiddin mendapat sokongan majoriti untuk mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri setelah apa yang berlaku?

Dengan tajuk:

‘Peralihan Kuasa: Masihkah Muhyiddin punyai sokongan majoriti? ’

Saksikan kupasan menarik YB Datuk Haji Mahfuz Omar bersama moderator Noor Zawazi Yusof dalam Rancangan Bual Bicara : BICARA YB

Jom kita saksikan!!!

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )