Bicara YB Khalid Samad: Apa selepas 13 Oktober?

Bicara YB Khalid Samad: Apa selepas 13 Oktober?

23 September lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tentang perolehan majoriti bagi beliau menubuhkan kerajaan dan sekaligus kerajaan Muhyiddin Yassin tumbang.

Ramai yang mempertikaikan kebenaran kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, malah ada yang beranggapan bahawa Anwar hanya berhalusinasi dan persembahan SD kepada Yang Di Pertuan Agong tidak akan menjadi kenyataan.

Namun pada 13 Oktober lalu, Anwar telah dititahkan untuk menghadap DYMM YDP Agong pada jam 11.0 pagi dan ternyata beliau menunaikan janjinya untuk mempersembahkan SD dan dokumen berkaitan perolehan majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Sejurus selepas itu, Anwar Ibrahim mengadakan sidang media di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya pada jam 2.00 petang.

Rakyat dan para pemimpin parti lawan terutamanya Perikatan Nasional ternanti-nanti apa yang akan berlaku setelah pertemuan Anwar dengan YDPA, namun ternyata Anwar meninggalkan tanda tanya kepada semua lapisan masyarakat sebaliknya memohon agar diberikan ruang kepada YDPA menggunakan kebijaksanaan baginda dalam membuat keputusan.

Dengan tajuk:

‘APA SELEPAS 13 OKTOBER?’

Saksikan kupasan menarik Pengarah komunikasi Amanah YB Haji Khalid Samad bersama moderator Mohd Saiful Roseman dalam Rancangan Bual Bicara : BICARA YB KHALID SAMAD SIRI KE 78.

Jom, kita saksikan!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )