BERSATU tidak jujur, pengkhianat!!!

BERSATU tidak jujur, pengkhianat!!!

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), cukup jelas menggambarkan pendirian parti itu ketika ini.

Keputusan itu katanya, turut diambil berdasarkan penubuhan asal BERSATU yang dilihat mahu menggantikan UMNO.

“Ini jelas apabila hampir separuh daripada ahli Parlimen BERSATU serta hampir keseluruhan pimpinan mereka di Sabah pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bekas wakil rakyat UMNO yang dianggap sebagai pengkhianat parti oleh akar umbi UMNO.

“Ini adalah asas jelas mengapa UMNO tolak BERSATU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertikaian Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkenaan tindakan UMNO/Barisan Nasional (BN) menyerang pemimpin Perikatan Nasional (PN) bertubi-tubi berbanding menyerang musuh sebenar iaitu Pakatan Harapan (PH) seperti kelazimannya.

Dakwa Shahril, BERSATU tidak jujur dalam bekerjasama dan ia terbukti semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila BERSATU meletakkan calon di 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melawan calon BN.

Malah, BERSATU juga turut mendaftarkan PN tanpa sebarang perbincangan bersama UMNO.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )