Bersatu ni sebenarnya nak apa? Dibelai…dimanja??!!

Bersatu ni sebenarnya nak apa? Dibelai…dimanja??!!

“Saya ingin tanya BERSATU, apa sebenarnya yang mereka inginkan? Dibelai? Dimanjakan?

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mempersoalkan apa sebenarnya yang diinginkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ia susulan isu dibangkitkan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menyifatkan perjumpaan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, bukan perjumpaan rasmi.

“Adakah hakikatnya ini bukan soal jumpa atau tidak jumpa. Bukan soal jumpa ‘lunch’ atau ‘dinner’ atau dalam pejabat sekalipun.

“Bukankah hakikatnya kalau jumpa 10 kali pun, delegasi mana sekalipun, jika tak dapat jawatan yang diidamkan masih akan mencari seribu satu alasan untuk biadab?,” katanya.

Shahril turut mempersoalkan tuduhan Wan Saiful yang mengaitkan Ismail Sabri sebagai takut berdepan rakan-rakan pemimpin parti dalam kerajaan.

“Kalau PM takut, adakah beliau akan mengatakan bahawa kerajaan bersedia mengadakan PRU jika mana-mana parti tarik diri atau ‘tekan butang’?,” soalnya.

Sabtu lalu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan PN yang dihadiri Setiausaha Agung PN, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari PN, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 4 Ogos lalu.

Menurutnya, kedua-dua pihak sudah menyampaikan pandangan masing-masing.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )