BERSATU masih ‘meroyan’ nak jumpa PM!!

BERSATU masih ‘meroyan’ nak jumpa PM!!

Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Rina Harun, menyifatkan pertemuan membabitkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Bendaharinya, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu, bukan pertemuan rasmi delegasi pakatan itu.

Malah beliau sependapat dengan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang menyifatkan pertemuan antara ketiga mereka itu, bukan perjumpaan rasmi.

“Saya kira sebenarnya perjumpaan kita (PN) dalam parti sudah memutuskan perjumpaan itu diwakili keempat-empat mereka yang telahpun disebut sebagai wakil rasmi.

“Jadi, jika itu yang diputuskan dalam parti, saya kira itulah wakil rasmi parti (BERSATU) untuk berjumpa dengan Perdana Menteri untuk membincangkan hal berkaitan PN dan BERSATU,” katanya kepada media.

Bagaimanapun, Rina menjelaskan pertemuan membabitkan Menteri daripada kalangan Menteri PN yang lain, tidak mewakili delegasi rasmi yang telah terlebih dahulu ditetapkan parti.

“Yang lain-lain itu kalau ada perjumpaan, mungkin sebab mereka adalah Menteri. Takkanlah kalau saya (sebagai Menteri) berjumpa dengan PM (Perdana Menteri) maka saya dikatakan mewakili parti kepada isu ini, sedangkan mandat diberi kepada mereka yang diputuskan PN sebagai wakil ramai,” katanya.

Kelmarin, Wan Saiful menyifatkan pertemuan Hamzah dan Ahmad Samsuri dengan Perdana Menteri kira-kira dua minggu lalu adalah makan tengahari biasa dan bukan perjumpaan rasmi delegasi PN.

Untuk rekod pada 13 Ogos lalu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan bersama delegasi PN pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa semalam dilaporkan berkata, soal pertemuan itu bukanlah hal yang sulit dan perlu dihebohkan kepada media, apatah lagi tiga daripada empat yang dikatakan wakil BERSATU, Hamzah, Azmin, Takiyuddin dan Samsuri adalah anggota Jemaah Menteri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )