Bersatu hanya layak jadi ‘Pak Pacak’ di Sarawak

Bersatu hanya layak jadi ‘Pak Pacak’ di Sarawak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat hanya akan menjadi  ‘Pak Pacak’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak berdasarkan kepada kenyataan seorang Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, semalam.

Menurut Wan Junaidi, Bersatu boleh membantu GPS pada PRN12 akan datang tetapi bukannya meletakkan calon untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Malah beliau menegaskan ketika bersama Barisan Nasional (BN), parti Umno dan komponen BN yang lain tidak pernah bertanding di negeri berkenaan.

“Anda hanya membantu kami dan bermaksud tidak meletakkan calon sama ada secara terbuka atau rahsia.

“Jika letak calon secara terbuka atau rahsia, anda tidak bersama kami,” jelasnya sambil memberitahu hanya orang Sarawak dapat berkempen untuk Sarawak dan sejujurnya mereka di Semenanjung Malaysia tidak memahami negeri itu.

Sementara itu, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam menyatakan kesediaan membantu GPS menghadapi PRN12 akan datang.

Ini berikutan Bersatu telah melihat GPS sebagai rakan setia menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika ini.

Sebelum itu, semasa melakukan lawatan dua hari ke Sarawak tempoh hari Muhyiddin telah memaklumkan akan ada perbincangan antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan GPS pada PRN12 nanti.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )