Belum sempat bulan madu, UMNO/BERSATU bakal jadi janda berhias

Belum sempat bulan madu, UMNO/BERSATU bakal jadi janda berhias

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Pasional (PN).

Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan, melalui kenyataan media berkata parti itu juga akan memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik.

Antara syarat yang diharap akan diletakkan Umno kepada Bersatu adalah perdana menteri hendaklah dari Umno manakala timbalan perdana menteri datang dari Bersatu.

Ini kerana, Umno yang mempunyai kerusi paling banyak dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang berbanding Bersatu dan parti-parti yang lain.

“Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti. Tahniah Umno!

“Harap antara syarat yang diletakkan ialah Umno Perdana Menteri, PPBM TPM,” tulis orang kanan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Lokman Noor Adam menerusi facebook beliau.

Menurut belaiu, Umno boleh sahaja keluar dari kerajaan PN jika Bersatu tidak setuju dengan syarat itu.

“Kalau tak setuju keluar aje dari Perikatan Nasional. Takde masalah kita jadi pembangkang hingga PRU15.

“Jika Umno keluar dari PN dan tidak menyokong Anwar. Muhiyiddin Tumbang, Anwar tak jadi PM dan PRU dapat diadakan sebaik Covid reda. Tak lama manapun,” tulis beliau lagi.

Biro Politik Umno dalam mesyuarat mereka malam tadi membuat keputusan untuk mempertimbangkan keluar dari kerajaan PN jika Bersatu tidak setuju dengan syarat baru mereka.

Syarat baru Umno itu akan dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

Dalam pada itu, ketika Umno sudah meletakkan syarat baharu dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Pas pula cuba mempertahankan kerjasama politik itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terus mengulangi pendirian itu walaupun Umno telah menetapkannya demikian melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air itu turut menegaskan Pas juga akan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Kita akan mengadakan perbincangan berhubung perkara ini,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Pas mula mempertikaikan langkah Umno yang mahu meletakkan syarat jika mahu parti itu terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Umno yang dahulunya sedang nyawa-nyawa ikan tidak pula meletakkan syarat kepada Perikatan Nasional (PN).

“Masa nyawa-nyawa ikan dulu tak pula letak syarat,” tempelak Iskandar yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam kicauan di Twitter dan hantaran di Facebook pagi ini.

Terdahulu, Umno bertindak menarik diri dari kerajaan PN jika gabungan yang membentuk kerajaan itu tidak memenuhi syarat yang akan mereka tetapkan.

Dalam perkembanagan berkaitan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi pendirian mempertahankan kerjasama PN dan masa sama akan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Rasanya baru sahaja Perikatan Nasional diwujudkan, bau kentut pun belum hilang, dah nak bercerai nampaknya.

Si suami tak nak lepaskan, si isteri pula letak syarat baharu kalau masih untuk bersama. Nampaknya ada yang bakal jadi janda berhiasa, belum sempat berbulan madu.

Itulah, ambil hak orang, tiada keberkatannya. Janji Allah itu pasti!!

 

Berani Kerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )