Bebas Samirah, keluarga Nazrin mahu Pendakwa buat rayuan

Bebas Samirah, keluarga Nazrin mahu Pendakwa buat rayuan

“Kita bersyukur dengan keputusan mahkamah, walaupun ia tidak memihak kepada keluarga. Insya-Allah kebenaran akan timbul dan kami berdoa sebegitu.”

Ahli keluarga Nazrin Hassan mahu pasukan pendakwaan merayu terhadap keputusan mahkamah melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu, empat tahun lalu.

Abang Nazrin, Dr Abdul Aziz, 62, berkata rayuan itu demi mencari kebenaran dan keadilan terhadap pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund terbabit.

“Isu tidak berpuas hati atau tidak, kita kena terima sebagai takdir. Kita mahu terus usaha untuk cari keadilan. Jika pihak pendakwaan tidak buat rayuan, saya akan berbuat demikian dan meminta inkues bagaimana Nazrin maut,” katanya.

Terdahulu, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 47, yang juga balu Allahyarham Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan.

Pasukan pendakwaan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah; Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Zubairi, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Peguam, Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )