Banjir di Baling: Hentikan projek Musang King segera!!

Banjir di Baling: Hentikan projek Musang King segera!!

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap projek tanaman Musang King dapat dihentikan selepas ia dipercayai menjadi punca kejadian kepala air sehingga menyebabkan tiga penduduk Kampung Iboi di sini ditemukan lemas.

Beliau berkata pihaknya sudah mewakili penduduk menghantar memorandum bantahan projek ladang Musang King di gunung berkenaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini.

“Saya mewakili penduduk sudah membawa memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 900 penduduk sekitar berserta dengan nombor kad pengenalan mereka, penduduk pun sudah banyak kali melakukan demonstrasi berhubung isu ini.

“Saya sudah serahkan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi. Projek ini diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Isu ini bukan sebulan dua tapi sudah bertahun-tahun,” katanya ditemui selepas meninjau lokasi kejadian kepala air di Sungai Iboi hari ini.

Terdahulu, mayat ketiga tragedi kepala air yang dihanyutkan banjir lumpur di Kampung Iboi, ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 11.55 pagi ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )