Banjir di Baling: Anwar desak tindakan segera kerajaan

Banjir di Baling: Anwar desak tindakan segera kerajaan

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan mengambil tindakan segera berhubung insiden banjir yang berlaku di Baling, Kedah.

Beliau turut mengingatkan pihak berwajib agar tidak mengulangi kesilapan lalu apabila lambat bertindak dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

“Banjir kilat kini melanda daerah Baling di Kedah. Saya gesa tindakan pantas diambil bagi membantu mereka yang terkesan.

“Usah ulangi episod lalu di mana kerajaan gagal berfungsi dan lambat menyampaikan bantuan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam, hujan lebat selama tiga jam telah menyebabkan berlakunya insiden kepala air serta banjir membabitkan 11 kampung di daerah Baling.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )