‘Aura Bossku’ kononnya masih kuat, Zahid bermimpi di siang hari ke?

‘Aura Bossku’ kononnya masih kuat, Zahid bermimpi di siang hari ke?

Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatannya umpama sedang bermimpi di siang hari apabila berkata, kononnya pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak tidak akan sesekali menamatkan aura ‘bossku’ beliau dan melemahkan kekuatan BN.

Malah katanya, musuh BN yang didakwa gembira atas pemenjaraan Ahli Parlimen Pekan itu tidak akan bertahan lama.

Ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kononnya gabungan tersebut akan terus mara di samping jasa dan budi Najib tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran.

“Mereka berharap nama Najib berjaya ‘dibunuh’ selepas dipenjarakan, namun aura ‘bossku’ masih jadi sebutan rakyat hingga hari ini.

“Lawan BN jadi seriau dan meneruskan misi pembunuhan karakter ‘bossku’ walaupun Najib kini berada dalam tahanan,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Ahmad Zahid menambah tindakan tersebut menjadi senjata utama musuh BN bagi menghancurkan nama baik gabungan itu.

“Namun kita percaya dan yakin niat jahat lawan BN itu tidak akan berhasil kerana mereka terlepas pandang perkara pokok tentang ‘bossku’,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata adalah mustahil untuk lawan BN melenyapkan aura ‘bossku’, itu memandangkan istilah sebenarnya membawa maksud rakyat.

Zahid mungkin lupa, busuk ikan bermula daripada kepala… dan bangkai gajah tak mungkin dapat ditutup dengan nyiru.

Memang nama Najib masih disebut rakyat, akan disebut selama-lamanya kerana Najib adalah Perdana Menteri yang bergelar BANDUAN. Itu tercatat dalam sejarah Malaysia.

Ini bukan soal ‘aura’ Najib, tetapi tentang kecelakaan yang dilakukan ‘bossku pujaan macai’ kepada negara.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )