Audit forensik pemilihan PKR, pakar minta tambahan masa

Audit forensik pemilihan PKR, pakar minta tambahan masa

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP), Dr Zaliha Mustafa, berkata keputusan audit forensik pemilihan PKR mungkin berubah apabila laporan akhir audit forensik diumumkan dalam masa dua hari lagi selepas pakar meminta tambahan masa untuk menyiapkan laporan siasatan mereka.

Katanya, berdasarkan laporan awal, kemungkinan keputusan tidak rasmi yang diumumkan 29 Mei lalu akan berubah, namun tidak membabitkan perubahan besar.

“Perubahan keputusan tidak rasmi itu membabitkan jawatan di Cabang. Namun, perubahan keputusan itu tidak membabitkan angka yang besar,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditanya keputusan laporan audit forensik yang sepatutnya dibentang semalam.

Dr Zaliha menegaskan dengan adanya audit forensik itu, semua aduan dan dakwaan dapat dilihat dengan lebih teliti.

Katanya, ini bermakna berlaku ketepatan dalam keputusan yang akan diumumkan secara rasmi pada Kongres Nasional PKR, Julai nanti.

“Kita harap semua pihak dapat menerima keputusan audit forensik ini dengan hati yang terbuka, kerana ia dijalankan dengan profesional tanpa prejudis atau sebarang sentimen, sebaliknya berdasarkan fakta sebenar,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )