Asyik cabar tekan butang, motif UMNO rakyat boleh baca!!

Asyik cabar tekan butang, motif UMNO rakyat boleh baca!!

Sejak akhir-akhir ini, galak sungguh para pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) mencabar pihak tertentu menekan butang, menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Apa motifnya??

Macamlah rakyat Malaysia ini suka sangat diperbodohkan. Rakyat dapat membaca motif utama mereka ini adalah kerana ingin segerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagaimana yang didesak oleh Presiden “Muka Mahkamah’ pujaan mereka.

Terkini, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin yang membidas pentadbiran Perdana Menteri, kerana didakwa gagal bertindak secara komprehensif terhadap beberapa isu ekonomi mengundang sengketa baharu dua parti itu.

Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Mahiaddin supaya mengarahkan Ahli Parlimen PN dalam kerajaan supaya menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

“Jika Muhyiddin meyakini kerajaan hari ini gagal urus ekonomi dan perlu adakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, maka jangan hanya menyalak dan menggertak, buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam Kerajaan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri. Kalau berani tekan butang sekarang,” katanya menerusi Facebook.

Hubungan antara Ismail Sabri dan Muhyiddin dilihat mula renggang kebelakangan ini, selepas beberapa hal yang dibangkitkan PN khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mendapat layanan sewajarnya Perdana Menteri.

Ini termasuk gesaan BERSATU supaya melantik seorang Timbalan Perdana Menteri, namun ditolak Ismail Sabri di samping permohonan gabungan parti itu untuk mengadakan perjumpaan rasmi, namun seakan tidak dituruti Perdana Menteri.

Hakikatnya, Perikatan Nasional, Barisan Nasional atau Muafakat Nasional.. dua kali lima.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )