Apakah RoS Jabatan paling tidak efisien dan memusuhi UMNO?

Apakah RoS Jabatan paling tidak efisien dan memusuhi UMNO?

“Apakah RoS Jabatan paling tidak efisien di Malaysia? Jabatan yang tebal dengan birokrasi dan masih dibelenggu dengan tadbir urus lapuk.”

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam  mempersoalkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang masih belum meluluskan permohonan meminda perlembagaan oleh partinya.

Pindaan tersebut yang diluluskan dengan sebulat suara perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Khas UMNO (PAU Khas) Mei lalu itu antara lain membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kalau permohonan UMNO untuk menangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan, kenapa permohonan MCA dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) boleh lulus.

“Apakah RoS alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana Menterinya daripada PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). RoS pernah keluar surat mendakwa MKT UMNO berstatus caretaker (penjaga) sahaja,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Untuk rekod, RoS merupakan Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung BERSATU.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )