Apabila parti ‘mentah’ perasan bagus

Apabila parti ‘mentah’ perasan bagus

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, parti BERSATU tidak sepatutnya meletakkan pelbagai syarat sekiranya ikhlas untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) menentang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, parti yang kecil dan tiada akar umbi seperti Bersatu sepatutnya tidak memberi pelbagai syarat dan tuntutan kerusi untuk bekerjasama.

“Sebab jika mereka kata ingin bekerjasama tetapi ia datang dengan pelbagai syarat dan tuntutan itu dan ini.

“Selain paksa kita beri kerusi walaupun mereka nyata tiada sokongan dan akar umbi, ia bukanlah satu kerjasama yang seimbang mahupun bijak,” katanya dalam satu kenyataan.

Isham menambah, akan berlaku undi protes dalam kalangan pengundi BN sekiranya Bersatu diberi laluan bertanding di kerusi yang menjadi kubu kuat BN.

“Sebab itu kita tidak boleh tunduk kepada tuntutan mahupun ugutan-ugutan mereka ini,” katanya.

Justeru, Isham berpendapat, lebih baik BN bertanding melawan Bersatu daripada menerima impak teruk kerana memberi laluan kepada calon parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )