Apa yang jadi isu sangat..Tun Mahathir pun pernah buat PRU November!!

Apa yang jadi isu sangat..Tun Mahathir pun pernah buat PRU November!!

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa pembangkang cuba menghasut rakyat kononnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tahun ini terdedah kepada banjir.

Zahid berkata, pembangkang lupa bahawaTun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri pernah mengadakan PRU pada November 1999, namun tidak dijadikan isu.

“Terbaru tahun lalu, PRN Sarawak diadakan pada 18 Disember 2021. Pembangkang pula tewas teruk.

“Ternyata pembangkang sebenarnya takut mereka kalah kerana kepercayaan terhadap PH (Pakatan Harapan) hilang apabila Dr Mahathir tak mahu serah jawatan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selain manifesto mereka gagal laksanakan.

“Sebab itu mereka perlu masa untuk menghasut rakyat supaya tidak mengundi BN. Jelajah PH masih sekerat jalan dan dijangka berakhir Februari tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan dangkal dan penting diri.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kononnya BN tidak akan memberikan hayat politik terhadap Pakatan Harapan (PH) dan musuh BN untuk memberikan mereka kelebihan menyelesaikan jelajah memburukkan BN hingga ke tahun depan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )