Apa istimewanya Najib ni? Diperlakukan seperti tidak bersalah apa-apa

Apa istimewanya Najib ni? Diperlakukan seperti tidak bersalah apa-apa

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Mahathir Mohamad mempertikai diskriminasi layanan diterima oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak yang terkenal dengan gelaran Bosku, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah ditahan dan digari sebelum didakwa di mahkamah.

Beliau mempersoalkan atas dasar apakah keistimewaan itu diberikan kepada Najib sedangkan ia tidak diberikan kepada Anwar atau mana-mana individu yang disabitkan kesalahan di Malaysia.

“Walaupun dia (Najib) didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan denda lebih daripada RM200 juta, dia tidak membayar dendanya atau dipenjarakan hanya kerana dia telah membuat rayuan terhadap kesnya.

“Jelas sekali kedaulatan undang-undang tidak digunakan secara sama rata antara mereka,” katanya dalam satu catatan di Facebooknya hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Najib adalah penjenayah yang telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang kerajaan.

Namun, kerajaan Ismail Sabri berpendapat bahawa perbuatan mencuri wang kerajaan sehingga kerajaan terpaksa membayar semula berbilion-bilion ringgit untuk pinjaman yang dipinjam Najib, layak mendapat ganjaran RM100 juta.

“Tiada orang lain di Malaysia ini yang telah disabitkan kesalahan, tetapi dilayan seperti Najib.

“Najib diperlakukan seperti orang yang tidak bersalah, tidak membayar denda atau dipenjarakan.

“Setakat yang diketahui tiada orang lain yang diperlakukan sebegini. Bahkan lebih daripada itu kerana dia kini dibenarkan ke luar negara. Sekali lagi, tidak ada duluan sedemikian di mana-mana negara,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )