Anwar tunai janji serah dokumen SD kepada Agong

Anwar tunai janji serah dokumen SD kepada Agong

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menunaikan janji beliau untuk menyerahkan dokumen sahih kepada Yang di-Pertuan Agong sokongan majoriti yang diperolehinya sepertimana yang diumumkan pada 23 September lalu.

“Sepertimana saya janjikan pada 23 September lalu, saya telah tunaikan hari ini dengan mempersembahkan kepada Agong dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan Ahli Parlimen yang menyokong saya,” katanya.

Anwar berkasta, baginda dijangka akan memanggil ketua-ketua parti untuk mengesahkan dokumen dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dan juga surat dari ketua-ketua parti.

Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan meminta semua pihak memberi peluang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat penilaian dan penelitian serta menunaikan tanggungjawab baginda.

“Jumlah mencecah lebih 120 MP. Tapi Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua parti maka kita perlu sabar memberi ruang kepada Agong untuk memutuskan,” jelas beliau.

“Dokumen sahih itu saya berikan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam bentuk akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti,” ujarnya.

Ketua pembangkang itu berkata demikian dalam satu sidang media di Hotel Le Meridien selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Anwar turut menjelaskan, walaupun kerajaan yang bakal dibentuk majoritinya Melayu dan Bumiputera, rakyat bukan Bumiputera tidak akan diketepikan.

Pagi tadi, Anwar keluar dari Istana Negara menerusi Pintu 2 sekitar jam 11.30 pagi selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ini sekaligus menangkis dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab yang kononnya Anwar tidak mengemukakan SD kepada Agong sebaliknya hanya menghadap baginda dalam masa 25 minit sahaja dan memberi gambaran jelas kepada musuh politiknya bahawa beliau tidak bersandiwara.

Anwar dilihat ceria apabila menurunkan tingkap kereta dan melambai tangan sambil tersenyum kepada rakan media dan jurugambar.

 

Berani Kerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )