ANWAR menghadap Agong, penunggang agama meroyan naik gila

ANWAR menghadap Agong, penunggang agama meroyan naik gila

“Siapa “maestro” yang ” orchestrated” jatuhkan Kerajaan Perak tu, wahai YB ” adik” ?

“Bukankah anda semua dan parti anda semua sedang bersama dengan parti tu dan kali ini bersama-sama tebuk atap dengan maestro itu bersekali!”

Maksud Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, kini PAS bersekongkol dengan UMNO.

Hanipa menyindir Pemimpin Pemuda PAS kerana bekerjasama dengan dalang yang menjatuhkan Kerajaan Perak yang dipimpin PAS di bawah Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, pada tahun 2009.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengeluarkan kenyataan berikut:

“Sebagaimana prinsip yang telah kita persetujui sebelum ini bahawa kita mahu menegakkan kerajaan tanpa DAP dan tanpa Anwar Ibrahim. Kerana saya juga yakin bahawa dakwaan yang disebut oleh Anwar itu tidak akan berjaya.

“Cuma mungkin kalau-kalau ada Ahli-ahli Parlimen di sebelah kerajaan yang diberikan tawaran yang boleh menggugat ataupun tawaran yang menarik.

“Perlulah diingatkan bahawa apa jua tawaran yang dikemukakan itu tidak berbaloi untuk kita menggadaikan masa depan rakyat dan negara dengan memberikan semula negara ini kepada kerajaan yang dianggotai oleh DAP,” ujar Fadhli, seperti dipetik Harakahdaily.

Hanipa juga mengkritik Pemimpin Pemuda PAS yang lupa ia telah bekerjasama dengan KEADILAN dalam Kerajaan negeri Selangor sebelum ini yang di dalamnya ada DAP.

“Tak suka DAP? Ok tapi dah lupa ke bahawa di Perak dulu, DAP yang menang banyak kerusi Dewan Undangan Negeri rela beri kerusi Menteri Besar Kerajaan Perak pada YB Adun parti ehem. Ini “historical fact”!” Ujar Hanipa.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam pula berkata:

“Pemuda PAS dengan ini menegaskan secara serius, mengecam keras keadaan dan situasi politik yang menggunakan taktik kotor dengan mengheret Institusi Istana sebagai modal politik berkepentingan bagi individu yang terlalu tamak dan kemaruk kuasa.”

Mungkin Ketua Pemuda PAS ini sudah hilang ingatan.

Siapakah yang tamak sehingga membawa keluar partinya, dan yang melompat keluar dari partinya ketika pemimpin PAKATAN HARAPAN ketika itu sedang berperang dengan wabak COVID-19?

Siapakah yang kemaruk kuasa ingin menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kanan melalui TEBUK ATAP dan menggunakan institusi Istana untuk melegitimasi tindakan mereka mencuri mandat rakyat?

Kenyataan bertalu-talu pimpinan PAS mencela terhadap pengumunan Anwar Ibrahim itu jelas menunjukkan PAS meroyan dan dalam ketakutan. Memalukan!!!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )