Anwar menghadap Agong esok: Pecacai TEBUK ATAP pula melecur terbakar!!

Anwar menghadap Agong esok: Pecacai TEBUK ATAP pula melecur terbakar!!

Nampaknya pengumuman Presiden PAKATAN HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau memiliki majoriti pada 22 September lalu merupakan berita panas sehingga ke saat ini.

Yang kini sedang melecur kerana kepanasan tak lain tak bukan gerombolan TEBUK ATAP yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali dan sekongkolnya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Entah apa yang ditakutkan, sehingga melatah sedemikian rupa dan kumpulan yang menamakan diri mereka Penggerak Komuniti Negara (PKN) membuat laporan polis, kita pun tidak tahu.

PKN ini dipercayai sebagai kumpulan yang berkiblatkan Azmin, yang melakukan rampasan kuasa menerusi ‘Langkah Sheraton’, di saat pemimpin PAKATAN HARAPAN sedang sibuk mengatasi ancaman wabak COVID-19.

Pengerusi PKN Nor Hizwan Ahmad berkata, “Perhimpunan hari ini adalah untuk membuat laporan polis agar tindakan dapat dilakukan bagi menghentikan ‘kegilaan’ itu.”

“Ia tidak boleh biarkan lagi supaya kita sama-sama dapat teruskan kehidupan, bangunkan negara serta keluar daripada pandemik koronavirus (COVID-19).”

Jangan nak jadi munafik!!

Di mana anda ketika di saat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan lain-lain sedang merangka strategi memerangi COVID-19 dan kesan akibatnya kepada ekonomi negara?

Buatlah laporan polis banyak mana pun. Rakyat tidak terhibur dengan jenaka ‘Abah’ hendak menggunakan ‘rotan’ kepada yang ingkar SOP arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tanpa pengumuman Anwar Ibrahim pun, kerajaan sekarang sudah tidak dapat berfungsi dengan efisyen.

Sesungguhnya rakyat mahu menamatkan kerajaan yang tiada halatuju, rakus menumbangkan kerajaan negeri, mengamalkan dua darjat dalam tindakan mereka dan gagal mengatasi masalah wabak COVID-19.

Kalau Anwar Ibrahim menghasut, mana mungkin Yang DI-Pertuan Agong berkenan untuk menerima beliau menghadap?

Cuba letak tangan di dahi dan fikir dengan waras: Siapa sebenarnya yang gila nak jadi Perdana Menteri?

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )