Anwar jumpa Agong, Hadi mula koyak keluarkan dalil

Anwar jumpa Agong, Hadi mula koyak keluarkan dalil

Nampaknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mula tidak senang duduk apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memanggil semua pemimpin parti politik termasuk pembangkang.

Beliau kononnya berharap individu atau pihak yang cuba mengambil alih tampuk pemerintahan dalam suasana pandemik Covid-19 di negara ini dihalang.

Beliau mendakwa pihak berkenaan masih tidak berhenti daripada terus berpolitik dan sangat bernafsu untuk mengambil alih pentadbiran.

“Rasulullah SAW membandingkan kumpulan ini seperti mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera.

“Mereka ini ingin menebuk kapal dari bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera. Mereka perlu dihalang supaya semuanya selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mengemukakan rayuan penamatan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, usul berkenaan antara perkara yang dibawakan ketika lebih satu jam sembah menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Menurut Abdul Hadi, PAS memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya menghentikan semua perkara berkaitan politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Duta Khas Timur Tengah sudah mula koyak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )