Anwar jadi PM, Faizal Azumu meroyan

Anwar jadi PM, Faizal Azumu meroyan

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat ‘meroyan’ apabila mendakwa kerajaan baharu di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai keabsahan moral.

Ujarnya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu didakwa tetap dilantik sebagai pemimpin nombor satu negara keraan disebabkan rancangan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi tuduhan rasuah, sedangkan gabungan yang diterajuinya hanya mendapat 82 kerusi.

“Anwar menjadi PM bukan dengan sokongan majoriti rakyat tetapi melalui pencaturan politik dengan BN, di mana Anwar berjanji kepada rakyat semasa kempen tidak akan bergabung dengan BN yang terpalit dengan skandal dan rasuah.

“Lain daripada (Pengerusi Perikatan Nasional) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan berurusan dengan Zahid, atau pun menggugurkan tuduhan rasuah terhadap beliau semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan PM,” katanya dalam satu kenyataan.

Nampak gayanya, masih ada makhluk yang tidak boleh ‘move on’ dengan kegagalan mereka membentuk kerajaan, malah ada yang sanggup buat ‘U-Turn’ daripada menyokong mereka.

Orang sudah ke bulan, Faizal Azumu masih juga meratapi kejatuhannya di Tambun.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )