Anwar jadi pilihan, Muhyiddin terima tamparan!

Anwar jadi pilihan, Muhyiddin terima tamparan!

Spekulasi Pengisytiharan Darurat menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat berkenaan ura-ura perintah yang dikatakan dicadangkan Kabinet dalam mesyuarat khas Jumaat lalu.

Namun, kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, pilihan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sebanyak 49.80 peratus (25,469) responden menyatakan sokongan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri,” kata badan pemikir itu dalam kenyataan hari ini.

Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk ‘Rakyat Malaysia Bersuara’ yang dijalankan IDE secara elektronik bermula jam 4 petang 24 Oktober, 2020, hingga 12 tengah malam tadi.

Tinjauan tersebut dilakukan menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Hasil kaji selidik juga mendapati, 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat, dan ini konsisten dengan kegusaran yang dilontarkan pemerhati politik.

“Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Namun begitu, mereka yang menolak darurat lebih cenderung memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima tamparan hebat apabila buat pertama kali dalam sejarah penubuhan negara, Yang di-Pertuan Agong mengetepikan nasihat Kabinet dalam menentukan pelaksanaan darurat.

Tamparan hebat itu tidak lama selepas Muhyiddin berdepan tekanan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebahagian pemimpin UMNO untuk terus mengekalkan hayat pentadbiran kerajaan PN yang baru berusia tujuh bulan itu.

Setelah lebih 60 tahun Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu menuruti nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dalam melaksanakan perkara penting di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, semalam Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat titah bijaksana bagi mengelakkan institusi diraja terheret dalam kemelut politik.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara menegaskan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu menolak pengisytiharan darurat kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini sekarang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas Yang di-Pertuan Agong memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu petang semalam.

Majoriti rakyat Malaysia menyifatkan keputusan itu menyerlahkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang adil dan saksama dalam menyelesaikan krisis negara.

Alhamdulillah, admin lahirkan rasa syukur atas kettentuan ini. Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi saksama.

Ternyata ‘mengambil hak orang ‘ itu tiada keberkatannya. Apabila kita membuat pengkhianatan, hati tidak akan merasa tenang. Itu satu hukuman Allah untuk hambaNya yang berlaku zalim.

Apa sahaja perancangan dan permuafakatan yang dibina daripada asas batil, tidak akan menjadi kerana tidak mendapat keredhaan Allah. Itu adalah janjiNya.

Pulangkan hak kepada empunya!! Itu sahaja kuncinya.

 

Berani Kerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )