Anwar gagal semakan kehakiman gantung Parlimen oleh Mahiaddin

Anwar gagal semakan kehakiman gantung Parlimen oleh Mahiaddin

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat gagal dalam rayuan mereka untuk mencabar tindakan Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Has Zanah berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan permohonan semakan kehakiman walaupun kebenaran diberikan kepada perayu.

“Ia akan dilaksanakan dengan sia-sia kerana mahkamah dilarang oleh Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan daripada mempersoalkan penggunaan budi bicara oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat,” katanya.

Beliau berkata, kuasa mahkamah bergantung kepada apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya apa yang difikirkan oleh sesetengah pemikir politik apa itu kuasa kehakiman.

Hakim itu berkata, menurut Perkara 150 (6) dan (8) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen berhasrat untuk mengecualikan semakan kehakiman terhadap keputusan mengisytiharkan darurat serta menutup pintu mahkamah terhadap sebarang cabaran undang-undang yang dibuat semasa darurat dan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 22 April lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar nasihat Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung sidang Parlimen darurat seluruh negara.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )