Anwar digesa menghadap Agong maklum ketiadaan majoriti Muhyiddin

Anwar digesa menghadap Agong maklum ketiadaan majoriti Muhyiddin

Benar seperti artikel yang dikeluarkan oleh JOM Channel semalam iaitu majoriti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dicabar walaupun dalam keadaan Darurat ciptaannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan supaya mengadakan satu petisyen kepada Yang Dipertuan Agong untuk meminta Muhyiddin meletakkan jawatan kerana beliau tidak mempunyai sokongan majoriti lagi.

Sekarang ini kerajaan TEBUK ATAP hanya mempunyai  109 sokongan berbanding 111 yang tidak menyokong. Justeru Perdana Menteri sudah tidak mempunyai sokongan majoriti di bawah Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam situasi ini, Perdana Menteri hanya ada dua (2) pilihan iaitu samada meletak jawatan atau mohon perkenan pembubaran Parlimen, katanya.

“Oleh kerana darurat sedang berjalan dan diumumkan bahawa tiada apa-apa pilihanraya boleh dijalankan maka hanya satu (1) pilihan bagi Perdana Menteri iaitu meletakkan jawatan.

“Mengetahui kebebalan Perdana Menteri yang tidak tahu malu dan masih mahu kekal menjawat jawatannya maka suatu petisyen kepada ke bawah Duli Tuanku memohon perkenan Tuanku memanggil Perdana Menteri dan menasihatkan beliau meletak jawatan wajar dipertimbangkan,” kata Peguam Zulhazmi Sharif dalam satu kenyataan.

Bagi beliau, Baginda ke bawah Duli Tuanku perlu dimaklumkan secara rasmi kedudukan sokongan kepada Perdana Menteri sekarang supaya Tuanku boleh bertindak melantik seorang Perdana Menteri baharu bagi menerajui Jemaah Menteri atau sebuah Kerajaan Baru Sementara dalam keadaan darurat.

“Ini sewajarnya dilakukan terlebih dahulu berbanding penubuhan Jawatankuasa Bebas Khas Covid19 untuk menasihati Tuanku kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memohon nama untuk keanggotaan Jawatankuasa juga sudah tidak layak dalam kerajaan.

“Tindakan memberi nama dan bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa sebelum seorang Perdana Menteri baru dilantik adalah tidak wajar dan bercanggah dengan Perlembagaan malah boleh dilihat sebagai mengiktiraf kerajaan sedia ada,” kata beliau.

Pihak Pembangkang khususnya Ketua Pembangkang, katanya, perlu sedar dan mengambil tindakan aktif dalam hal ini atas prinsip mempertahankan Perlembagaan yang dicanang selama ini.

Jangan hanya kerana tidak tahu 111 menyokong siapa maka dibiarkan suatu pihak minoriti mentadbir negara.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )