Anwar diberikan sambutan rasmi di Brunei

Anwar diberikan sambutan rasmi di Brunei

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman hari ini.

Anwar yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di istana itu pada 11.05 pagi.

Anwar kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri dan Sultan Brunei turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Delegasi Malaysia kemudian diraikan pada Majlis Persantapan Rasmi oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Anwar tiba di Brunei semalam dan diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kunjungan ini ialah lawatan rasmi ke luar negara yang kedua beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )